Pengikut Blog Ini..

Friday, October 29, 2010

Kasih Allah pada Wanta


Kasihnya Allah kepada wanita.. ”

Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘ layanan ’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah Subhanahu wata’ala tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. padahal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sembarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak muhasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Allah sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat,..??? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Allah kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

1. Gelaran bagi `isteri’ di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeda. Misalnya, dalam bahasa Inggris, perkataan untuk suami ialah `husband ’ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife’ . Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah ` mari’ manakala perkataan `femme’ untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeda ` zaujuh ’ dan ` zaujati ’ . Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu ` zaujuh ’ yang bermakna ` pasangan ’ . Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ‘ imraah ’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

2. Pembelaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam Terhadap Wanita
Rasulullah ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam,
1. “ Syurga di bawah telapak kaki ibu. ” Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini,..??? Mengapa Rasulullah memilih perkataan “ di bawah telapak kaki ” dan bukan “ di dalam tangan ” atau “di sisi” seorang ibu,..??? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.2. “ Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku. ”3. “ Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. ” (Hadis riwayat Ibnu `Asakir)4. “ Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. ”5. “ Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka. ” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

3. Bagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia yaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Allah " Ar-Rahim " yang bermaksud `Maha Penyayang ’. Sudah tentulah Allah tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah tidak berikan nama yang semulia ini kepada bagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah dan memberi makan kepada apa yang Allah ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia,..??? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Allah.

4. Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama’, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Allah tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Allah sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Allah kepada wanita. Maha Baiknya Allah kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini..! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu beginilah ganjaran - ganjaran yang Allah berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Allah tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Tuesday, October 26, 2010

Wanita, anda berharga...


Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?
Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.
Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika..

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

cinta


Usah kau lalaikan diri ku ,

Dengan ayat-ayat cinta palsumu,

Bukan kau sekadar merosakkan dirimu,

Ketahuilah dirimu wahai syabab,

kau juga merosakkan bangsamu,

kerana kejatuhan sesuatu bangsa itu ,

tergantung pada jatuhnya maruah wanita mereka,

bermula pada dirimu,

jika kau gagal mengendalikan nafsumu,

kerana mudah terpesona dengan keindahan ,

yang hakikatnya adalah palsu,



ketahuilah wahai syabab,

jika kau merasa lemah,

tika bayangan kami berlalu,

yang melintas pada mindamu,

engkau telah tertipu,

muda kami kan berlalu,

keayuan kami kan pudar,

seiring waktu,

tegas pada dirimu,

kau harus tundukkan pandanganmu,

agar tidak kau turut kan nafsumu,



ketahuilah wahai syabab,

ada diantara kami sengaja melalaikanmu,

melalui pakaian tertentu,

tanpa punya rasa malu,

tegas kan pada dirimu,

engkau pemuda islam sejati,

tunjukkan kegagahanmu,

melawan hawa nafsu,

bukan melalui kudratmu,

jika tidak kau akan tertipu,



ketahui lah wahai syabab,

kau harus bertegas pada dirimu,

menjaga kesucianmu,

hanya buat wanita yang halal padamu,

jika kau ingin kami juga berbuat begitu,

kerana janji Allah tidak menipu,

lelaki yang baik untuk wanita yang baik,

bukankah berkali-kali kau diberi peringatan untuk itu,



ketahuilah wahai syabab,

jika kau punya niat ,

wanita bemaruah untuk dijadikan isterimu,

jagalah jua maruahmu,

kerana itu ,

selagi kami tidak halal buatmu,

usah kau biasakan lidahmu,

menjaja ayat cintamu yang penuh palsu,



ketahuilah wahai syabab,

pujuk rayu mu kan mejadi saksi,

pada hari kebangkitan nanti,

dan itu sudah pasti,

pada apa yang pernah kau taburi,

hinggakan ramai gadis dikhianati,

anak luar nikah itu dibenci,

gara-gara perbuatanmu,

dan pasanganmu yang mengkhianati,

pada ikatan suami isteri yang selayaknya kalian miliki,

sebelum kalian berlagak suami isteri,

kerana kalian tidak mematuhi,

larangan zina itu sendiri,



ketahuilah wahai syabab,

ku tari kan pena ini ,

mengingatkan diriku sendiri,

juga untuk kalian hayati,

agar kalian tidak lalai berulang kali,

ketika kalian berhadapan dengan kami,

bukan mengatakan kalian salah sepenuhnya,

Cuma peringatan agar kalian bangkit kembali,

Menjadi pejuang agama sejati,

Dari terus dilalaikan diantara kami,

Jika kau merasa lemah ,

Apatah kami,

Kerana kau imam ,

Dan kami makmum mu,

Jika salah hala tujumu,

Kami juga begitu,



ketahuilah wahai syabab,

kami miliki kudrat yang lemah,

namun gengaman kami tidak lemah,

jika buayan mampu kami goncang,

dunia juga mampu kami gegar,

apatah Cuma dirimu,

lihat sejarah lalu,

ramai pemimpin dari kaummu,

tewas ditangan kami,

kerana kegagalan kalian menahan nafsu,



ketahuilah wahai syabab,

jika kau merasa megah,

menghulurkan cintamu,

tanpa ikatan halal,

dan ada diantara kami menyambut cinta palsumu,

lantas tanpa ikatan halal itu,

kau megah membawa diantara kami yang hanyut dengan cintamu,

ke sana, sini juga kesitu,

ternyata sebenarnya engkau merendahkan dirimu,

kerana lebih banyak dikalangan kami yang merosakkan mu,

dari diri kaummu yang merosakkan kami,

hanya kerana kelalaianmu,

sedarkan dirimu,



ketahuilah wahai syabab,

selagi kau serius dengan agama mu,

insyaAllah ,

setelah sah ikatan halal itu,

kami berusaha untuk taat padamu,

bukan kerana menjunjung cintamu,

tapi kerana cinta,

pada Dia yang Maha Satu,

Thursday, October 21, 2010

Taklimat Panitia

salam,, hye!!! hari ni pergi skola mcm biae laa..
hurm,, hari ini form3 ada taklimat panitia..untuk slot hari ni ada subjek Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah!!
terdengar suara2 halus.. 'huh, boringnye..'
takpela,, masing2 nak naik form4, so kenelah amik tau pasal sumenye..ape2 pun gempak jugala..to all form3,, relax ea..hehehehe

xoxoxo

Wednesday, October 20, 2010

Diri Ini


salam perkenalan,, nama diberi pada diri ini dalah Norahzimah Abdul Rahman..dilahirkan pasa 22Mac..pernah mendapat pendidikan awal di SK Bukit Beruaang, seterusnya berpeluang ke SMA Assaiyidah Khadijah pada Tingkatan 1..mengetahui lebih lanjut, bolehlah ke profile saya.. :D