sesungguhnya, setiap pertemuan itu pasti akan diakhiri dengan perpisahan..
cuma lambat, atau sekejap sahaja masanya..
itulah yang harus kami, warga SMK Bandar Banting terima apabila Guru Penolong Ksnsn 1 telah meninggalkan kami..
pemergian beliau adalah kerana tugas yang harus beliau jalankan sebagai seorang pengetua di SMK Dengkil di Sepang..
pada awal berita yang telah kami terima, terasa sungguh sebak kerana harus berpisah dengan insan yang kami sayangi..
namun, demi tugas yang dipikul, kami relakan kepergiannya..
Puan Hajah Sakinah seorang guru yang paling disegani di SMK Bandar Banting..
beliau disayangi kerana sifat ramah dan penyayangnya..
namun begitu, ketegasan sebagai seorang guru dan ibu tetap ada..
sedihnya hati kami meninggalkan beliau yang telah banyak berkhidmat di SMK Bandar Banting..
umpama kata penyajak kami, En. Hashim Saidin..
'sedihnya meratapi pemergian, sedih lagi kami yang Hajah tinggalkan'
walau ape2 pun, seribu utusan doa akan kami iringkan Hajah di sana semoga Hajah akan tenang dan sukses menghadapi kehidupan baru..
zimah petik kata2 terakhir Puan Hajah Sakinah sebelum meninggalkan SMK Bandar Banting,
~kalau cintakan bunga, bunga akan layu~
~kalau cintakan manusia, manusia akan mati~
~kalu cintakan dunia, dunia akan pergi jauh~
~tetapi kalu cintakan Allah, itulah yang kekal abadi~
~hidupkan kami dengan cintaMu~
~matikan kami dengan cintaMu~
~dan pulangkan kami dengan cinta itu kepangkuanMu~
ucapan terakhir Puan Hajah Sakinah sebelum meninggalkan SMK Bandar Banting..
No comments:
Post a Comment